Monday, June 22, 2009

Aktiviti Mencantas Daun dan Gambar Pokok Berbuah

Pada hujung minggu lepas, kami telah melakukan aktiviti mencantas daun di bawah 3 pucuk utama pokok2 cili. Ini untuk mengelakkan pokok dari membazirkan baja yang diberikan setiap hari dan supaya baja diserapkan terus ke pucuk utama yang bakal mengeluarkan buah cili.
Syukur juga pada yang Esa kerana ada juga pokok yang telah mula mengeluarkan buah. Kebanyakan pokok telahpun berbunga.

Gambar pokok yang telah berbunga:
Antara pokok yang telah mula berbuah. Ini bermaksud, target kami untuk first harvest pada bulan puasa nanti on track:
Aktiviti mencantas daun:


Pokok2 yang telah di cantas:

Ladang yang dahulu nya kelabu sekarang sudah "hijau":


Ladang kami pantas menghasilkan anak pokok baru untuk menggantikan pokok-pokok yang tak survive (lebih kurang 20-30 pokok) di serang penyakit pokok cili:
Sekian paparan untuk minggu ini.

Tuesday, June 16, 2009

Projek Masa Depan Ladang Batang Kali - Ternak Ikan Keli

Pada 2 minggu yang lepas, direktor operasi ladang kami Jajie, telah melawat Pusat Ternakan ikan keli di Batu Arang Selangor untuk mengenal pasti peluang-peluang dan potensi dalam cabang pertanian yang agak berbeza dari penanaman cili iaitu menternak ikan keli.
Potensi ini dikenal pasti setelah melihat kawasan ladang sewaan kami yang agak besar dan banyak kawasan tanah lapang yang boleh dijadikan tapak ternakan ikan keli.
Alang-alang pergi melawat, maka kursus ternakan pun disertai nya juga untuk mengetahui sebaik mungkin caragaya menternak keli. Owner pusat ternakan tersebut masih muda, lebih muda dari kami semua tetapi telah berjaya menternak sebanyak lebih kurang 180,000 anak ikan keli. Syabas pada tuan. Moga jadi dorongan anak bangsa yang lain.

Setelah berkursus, palung dijadikan tempat experiment ladang kami untuk 100 ekor anak ikan keli. InsyAllah, jika semuanya berjalan lancar, projek skala sederhana besar akan dijalankan di kawasan ladang kami:



Berikut dipaparkan beberapa gambar pusat ternakan. Yang berbaju merah tu lah En. Faizal, pengusaha pusat ini.


Direktor operasi kami, cukup tekad, nekad dan tawadhuk dalam mengembang biakkan operasi ladang. Syabas Bro!
Sedap mata memandang melihatkan kolam2 ini:

Tumbuhan hijau itu adalah keladi yang juga sumber makanan tambahan keli:

Ikan keli bertebaran mendapatkan makanannya dalam bentuk palet:

Diharap suatu hari nanti ladang kami akan dihiasi dengan kolam-kolam kanvas sebegini rupa:

Peserta kursus melihat ikan keli yang dikutip untuk dijual di sekitar Rawang:

Nota: Kepada yang mengikuti blog ini, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana progress fasa ke-2 ladang cili kami. Sebenarnya, fasa kedua iaitu penanaman 2000 pokok cili terpaksa ditangguhkan untuk memfokuskan kepada operasi fasa pertama kami. Demi belajar dari kesilapan, kami berkeputusan untuk menangguhkan fasa kedua sehinggalah fasa pertama betul2 stabil kerana banyak lagi perkara yang perlu kami belajar dalam penanaman cili ini. Sekian....

Saturday, June 13, 2009

Update Terkini Ladang Batang Kali

Salam semua. Berikut adalah gambar-gambar terkini update ladang batang kali.
Kebanyakan pokok-pokok telah mula mengeluarkan pucuk bunga. Bunga mungkin akan keluar seminggu-2 lagi.
Bagaikan adat, tidak semua pokok yang menjadi. Ada beberapa pokok yang kena serang penyakit. Pokok2 yang telah dikenal pasti dijangkiti penyakit telah dikuarantinkan di kawasan yang lain untuk dibaik pulih. Alhamdulillah, kebanyakan pokok yang dijangkiti penyakit telahpun kembali pulih.

Average size pertumbuhan pokok:
Ladang telah mula menghijau:
Pancang utama siap sedia untuk diikat tali bagi menyokong pokok dari jatuh ditiup angin El-Nino.

Beberapa pokok yang sakit dikenal pasti:

Ini adalah pokok yang dikenal pasti sakit dan ditempatkan di "ICU" ladang untuk dibaik pulih:
Jajie, direktor operasi ladang membaham buah durian yang telah mula gugur semenjak seminggu yang lepas:
Sekian.