Sunday, May 3, 2009

Update Ladang (3 Mei 2009)

Salam pada semua yang mengikuti blog syarikat kami, berikut adalah update terkini ladang Batang Kali. Secara ringkas, untuk fasa pertama, kami telah menyiapkan semua sistem piping dan anak benih untuk 3000 pokok. Cabaran kedua dan yang getir ialah untuk menyiapkan fasa kedua ladang kami iaitu sebanyak 2250 pokok lagi. Kami hanya ada masa sebulan untuk menyiapkan semua sistem pipe untuk fasa kedua ini (sebulan bagi kami bermaksud 8 hari bekerja di ladang, al-maklumlah, shareholders semua masih lagi bekerja) dan harapan kami hanyalah pekerja2 ladang kami iaitu Boy dan Pian.
Fasa kedua ini amat penting bagi kami kerana ia akan memastikan pendapatan setiap bulan pada syarikat kami. Jika ia tidak berjaya, maka akan ada beberapa bulan ladang kami tidak ada hasil. Nantikan samada kami berjaya atau tidak dalam 'race against time' di update akan datang. Manusia hanya merangka dan berusaha, Tuhan yang menentukan...


Say hello to our "Babies... Chilli"..

Anak pokok pada usia 10 hari...

Dari jarak dekat...oleh photographer amatur..



Boleh dikatadan dari 3000 pokok yang disemai, hanya 6-7 benih yang terkandas...


Polibeg sebanyak 3000 untuk fasa pertama, selesai. Cabaran fasa kedua nun di belakang sana masih menunggu..


Dari penjuru ladang...

Pandangan dari tangki air...



Eksperimen En. Adnan.
Pokok di bawah ini adalah eksperimen bersama ladang kami dan En. Adnan yang menggunakan racun organik buatan beliau. Menurutnya, dengan sekali semburan, pokok tak perlu diracun lagi. Setelah 3 minggu, pokok ini telah berbuah. (Lihat pucuk)


Sekian..

1 comment:

  1. Diminta kerjasama pihak penulis untuk mengeluarkan perkataan touch 'n go dari laman ini. Program MYRewards adalah hak milik MYRewards dan bukan touch 'n go. Touch 'n go hanyalah sebagai payment system yang digunakan oleh MMYRewards sahaja.

    ReplyDelete