Wednesday, April 29, 2009

Percambahan Biji Benih (Updated)

Berikut adalah gambar-gambar 3000 anak benih setelah 5 hari disemai. tiada apa yang dapat kami ucapkan melainkan Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar. Syukran...

Gambar yang diambil pada malam hari oleh Jajie..


Sabar anak benih, 17 hari lagi korang akan ditempatkan ke tempat yang lagi selesa...



Sekian..





















Monday, April 27, 2009

Pemasangan Pipe Fertigasi dan Percambahan Biji Benih

Pada sabtu dan ahad lepas, kami telah berjaya memasang semua pipe fertigasi untuk fasa pertama cili iaitu sebanyak 3000 pokok. Main pipe 50 mm telah berjaya di pasang dan sub-header 16 mm telah pun disambungkan dengan rubber grommet. On-off valve untuk setiap header juga telah dilengkapi. Micro-tube beserta dripper juga telah dilengkapkan untuk setiap polibeg.

Biji benih cili yang kami semai minggu lepas juga telah mula bercambah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Hanya Allah yang menentukan.


Pemasangan micro tubing dan dripper ke pipe 16mm (sub-header)


Kerja-kerja pemotongan micro-tubing...

Pemasangan main-header bersaiz 50 mm.




Kesemua polibeg telah dilengkapi micro-tube dan dripper, siap sedia untuk hydro-testing.

Pada 1 mei ini, tatkala pekerja2 seluruh negara bercuti menyambut hari pekerja, kami akan terus dengan kerja-kerja di ladang untuk menghilangkan title "pekerja" dari diri kelak. Amin...sekian..

Thursday, April 23, 2009

Kerja-Kerja Penyemaian Biji Benih dan Pemasangan Utility

Semalam, ladang kami telah pun menyemai sebanyak 3000 biji benih ke dalam tray semaian. Ini adalah fasa pertama semaian ladang kami dan fasa kedua, iaitu sebanyak 2250 pokok anak berlangsung 2 minggu atau sebulan dari tarikh ini. Setelah menyemai, tray2 semaian diletakkan ke dalam rumah semaian untuk penumbuhan maksima. Berikut adalah gambar-gambar semaian:

Sebanyak 30 tray, atau 3000 biji benih berjaya disemai hari ini oleh pekerja2 kami.

Setelah disemai, ia disusun rapi dalam rumah semaian. Kerja2 penyemburan air akan dilakukan secara automatik untuk mengurangkan manhours semaian. Semuanya dilakukan dengan timer.

Ini adalah gambar terbaru ladang kami. 3000 polibeg telah siap di susun rapi.


Diantara kedua2 belah wing ladang, adalah laluan utama pejalan kaki untuk ke ladang fasa kedua (kawasan yang belum cover dengan silver shine tu)



Ini adalah masterpiece utility ladang kami yang baru siap dipasang selasa lepas. Sumber air ladang kami adalah mata air atau tube well. Ia disedut oleh underground water pump yang berupaya beroperasi secara automatik apabila pili air dibuka mengikut water demand. Ini telah menghapuskan bil air jika sambungan secara paip digunakan.

Spotlight dipasang sebanyak 2 biji sebagai mata ladang di waktu malam.


Power socket untuk utility ladang.

Sekian laporan terkini dari ladang batang kali. InsyaAllah, hari Sabtu ini, kami akan memulakan dan dengan harapan, mengakhiri kerja-kerja pemasangan pipe fertigasi dan memulakan hydrotesting ladang kami.

Tuesday, April 21, 2009

Perkembangan Terkini

Pertama sekali, pihak kami ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog kami terutama kepada mereka2 yang mengikuti perkembangan ladang kami. Sebenarnya 2 minggu lepas kami teramat sibuk dengan kerja-kerja di ladang, sampai tidak sempat untuk menulis. Tanpa berlengah lagi, saksikan perkembangan ladang kami seperti termaktub di gambar2 berikut:

Serai ditambah bilangan untuk side income...
Rumah pekerja sudah siap, barang2 sudah masuk ke rumah...barulah nampak macam ada kehidupan...kalu tidak, sebelum ni, pekerja tinggal dlm zaman mesolitik...



Pian dan Boy, pekerja baru kami membersihkan rumah sebelum diduduki. Untuk pengetahuan, kami telah menambahkan bilangan pekerja kepada 2 orang untuk memantopkan lagi operasi di ladang kami. Ini juga untuk mengelakkan Pian bercakap sorang2 pada waktu malam..hehehe...

Masterpiece ladang kami, rumah semaian yang sudah siap dan sedia untuk beroperasi menghasilkan 5000 pokok. Ia dihasilkan oleh Abang Ali, merangkap contractor ladang kami yang juga membuat tangki air dan rumah pekerja. InsyaAllah, kerja2 semaian akan berlangsung esok, 22 April 2009. Jika semua berjalan lancar, insyaAllah, tuaian pertama 1 Ramadhan Al-mubarak nanti....Allahuakbar!





Kerja2 pembentangan silver shine untuk 1250 polibeg seterusnya...







Sekian untuk tatapan terkini...









Thursday, April 9, 2009

Sumber Elektrik Akhirnya Tiba

Alhamdulillah, syukran, akhirnya, setelah menunggu selama lebih kurang sebulan setengah, ladang kami telah menerima life-line yang ditunggu-tunggu, iaitu tenaga elektrik. Kalau tidak, lambat juga projek ini akan terkebelakang.
Pian, pekerja kami, tidak lagi akan bermalam bertemankan lilin dan ubat nyamuk. Kipas juga akan dipasang kelak untuk keselesaan pekerja.
Ini juga sedikit sebanyak telah menaikkan semangat kami untuk lebih kuat bekerja untuk menyiapkan ladang kami.
Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukkan lampu dah boleh pasang!!!


Bakal Rumah pekerja, sudah berfungsi. Buat masa ini, ia dijadikan stor barangan fertigasi yang baru sampai sabtu lepas.

Hari yang malam, sudahpun gelap, tapi tak perlu risau, lampu dah boleh guna!

Sunday, April 5, 2009

Pembentangan Silver Shine dan Penyusunan Polibeg Hari Ke-3


Hari ini, kerja2 pembentangan silver shine dan susun polibeg disambungkan. Hasilnya, sebanyak 1070 polibeg berjaya disusunkan untuk suku ekar ladang tersebut. Minggu hadapan, kami akan memulakan pula proses pemasangan pipe fertigasi. Nantikan update nya minggu hadapan!

Berikut adalah gambar2 milestone:

Major shareholder yang bertungkus-lumus menyusun polibeg...

Polibeg disusun kemas oleh Pian..penunggu tetap ladang kami..
Ada pulak pokok durian di tengah2 jalan...

Pandangan dari arah belakang ladang..
Pandangan dari arah rumah tangki air. Buluh di tepi tu untuk dibuat pancang kelak..

Inilah hasilnya pada hari ke-3 aktiviti pemasangan silver shine dan susun atur polibeg. Masih banyak lagi kawasan yang belum dicover jika dilihat disebelah kiri ladang, dan juga dibelakang ladang, iaitu lebih kurang 3700 polibeg lagi yang belum diatur. InsyaAllah, kami akan menyiapkannya dalam bulan empat...

Pemasangan Pagar, Silver Shine dan Penyusunan Polibeg

Kami telah menggunakan khidmat En. Adnan untuk memasang pagar di sekeliling ladang dengan menggunakan dawai kokot dan juga kayu-kayu hutan. Tujuan utama untuk melindungi kebun dari dimasuki binatang-binatang dari hutan. Gambar-gambar pagar seperti dibawah:

Pagar di sekeliling ladang

Pintu di bahagian belakang ladang.

Pintu Pagar utama


Serai juga ditanam di sekeliling pagar tersebut untuk meghindari babi hutan dan serangga.




Hasilnya juga bole dijadikan pendapatan sampingan nanti!!


Setelah selesai pemasangan pagar, kami teruskan dengan pemasangan silver shine di ladang dan juga penyusunan polibeg yang telah siap disusun di bawah rumah tangki air.
Polibeg dibawah rumah tangki air bagaikan menanti giliran untuk sedia berkhidmat!!Hari pertama pemasangan silver shine...

Suku ekar view 1

Suku ekar view 2...

Hasil pemasangan setelah 2 hari bermandi panas...
Hari kedua...
Lebih kurang 900 polibeg berjaya disusun pada hari kedua. Lagi 4000 polibeg lagi!