Tuesday, June 16, 2009

Projek Masa Depan Ladang Batang Kali - Ternak Ikan Keli

Pada 2 minggu yang lepas, direktor operasi ladang kami Jajie, telah melawat Pusat Ternakan ikan keli di Batu Arang Selangor untuk mengenal pasti peluang-peluang dan potensi dalam cabang pertanian yang agak berbeza dari penanaman cili iaitu menternak ikan keli.
Potensi ini dikenal pasti setelah melihat kawasan ladang sewaan kami yang agak besar dan banyak kawasan tanah lapang yang boleh dijadikan tapak ternakan ikan keli.
Alang-alang pergi melawat, maka kursus ternakan pun disertai nya juga untuk mengetahui sebaik mungkin caragaya menternak keli. Owner pusat ternakan tersebut masih muda, lebih muda dari kami semua tetapi telah berjaya menternak sebanyak lebih kurang 180,000 anak ikan keli. Syabas pada tuan. Moga jadi dorongan anak bangsa yang lain.

Setelah berkursus, palung dijadikan tempat experiment ladang kami untuk 100 ekor anak ikan keli. InsyAllah, jika semuanya berjalan lancar, projek skala sederhana besar akan dijalankan di kawasan ladang kami:



Berikut dipaparkan beberapa gambar pusat ternakan. Yang berbaju merah tu lah En. Faizal, pengusaha pusat ini.


Direktor operasi kami, cukup tekad, nekad dan tawadhuk dalam mengembang biakkan operasi ladang. Syabas Bro!
Sedap mata memandang melihatkan kolam2 ini:

Tumbuhan hijau itu adalah keladi yang juga sumber makanan tambahan keli:

Ikan keli bertebaran mendapatkan makanannya dalam bentuk palet:

Diharap suatu hari nanti ladang kami akan dihiasi dengan kolam-kolam kanvas sebegini rupa:

Peserta kursus melihat ikan keli yang dikutip untuk dijual di sekitar Rawang:

Nota: Kepada yang mengikuti blog ini, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana progress fasa ke-2 ladang cili kami. Sebenarnya, fasa kedua iaitu penanaman 2000 pokok cili terpaksa ditangguhkan untuk memfokuskan kepada operasi fasa pertama kami. Demi belajar dari kesilapan, kami berkeputusan untuk menangguhkan fasa kedua sehinggalah fasa pertama betul2 stabil kerana banyak lagi perkara yang perlu kami belajar dalam penanaman cili ini. Sekian....

No comments:

Post a Comment