Friday, December 18, 2009

Tanaman Baru MyAgrosoil dan Aktiviti Fasa-2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, awal muharram bagaikan rahmat bagi kami kerana ia menggambarkan seribu makna bagi MyAgrosoil. Ini sejajar dengan matlamat kami iaitu untuk "berhijrah" dengan satu tanaman baru yang juga baru bagi kami iatu timun. Kami telah mula menanam timun sejak selesainya musim tuaian cili yang pertama dan alhamdulillah, sekarang telah mula nampak hasilnya:


Tujuan utama kami menanam timun adalah untuk cover operating expenses yang agak berat bagi kami yang baru memulakan tanaman fertigasi ini. Tanaman adalah sebanyak 1500 pokok dan bakal dikembangkan ke 2000 pokok. Hasil dari tanaman timun ini akan disalurkan seratus peratus untuk operating costs bulanan ladang kami iaitu:

Sewa tanah: RM 300
Gaji Pekerja: RM 600
Baja: RM 400 (anggaran)
MISC: RM 200

Ladang yang dahulunya Merah, telah mula bertukar Kekuningan
Sekiranya ada lebihan hasil, ia akan digunakan untuk penambah-baikan ladang kami. Untuk makluman umum juga, kami telah menamatkan kontrak pekerja kami yang lepas iaitu Pian dan Boy. Kami telah mengambil seorang sahaja pekerja baru iaitu Pak Rahman yang lebih berpengalaman mengendalikan ladang-ladang tani dari Seberang. Bagi kerja-kerja pembersihan pokok cili yang telah mati dan kerja2 development untuk fasa-2, kami telah mengambil pekerja contract (dibayar ikut hari) kepada lepasan SPM. Ini telah menjimatkan kami sedikit sebanyak dan telah memberi pengalaman berharga kepada mereka selain memberi side-income sementara menunggu result.


Kriteria pemilihan tanaman timun ini adalah berdasarkan betapa mudahnya untuk menanam timun. Ia juga sukar diserang penyakit, dan cepat berbuah. Pada musim hujan, lagi cepat lah ia berbuah. Ia juga hanya boleh di tuai selama 40 hari sahaja dan perlu diganti dengan pokok baru secepat mungkin.




Hasil timun yang telahpun kami jual. Mudah nak jual timun ni.

Namun, kami tetap meneruskan jua penanaman cili kerana ia tetap panas, dan merupakan sumber pendapatan kami.

Sedikit sebanyak info tentang fasa 2:
Tanaman: Cili
Jumlah Pokok bakal ditanam: 6000 pkk

Pokok cili musim satu telahpun siap dimusnahkan oleh skuad lepasan SPM kami. Kepada sesiapa yang berminat, masih boleh apply. Call saja nombor yang tertera di blog. Bole buat side income.

Kerja-kerja expansion sedang giat berlaku sekarang.





Ini tanah yang masih dara. Kami masih lagi memikirkan, apa yang boleh kami diversify kan disini. (udang galah perhaps?)
Sekian dari kami. MyAgrosoil.


No comments:

Post a Comment