Wednesday, April 1, 2009

Penyediaan Facilities Ladang (2)




Setelah rumah pekerja dan pejabat operasi selesai dibina, kerja-kerja pembikinan rumah tangki dan rumah semaian mula dibina. Rumah tangki air ini diletakkan di antara rumah pekerja dan pejabat operasi sementara rumah semaian elok diletakkan di sebelah rumah tangki air.
Rumah semaian ini bole memuatkan lebih kurang 5000 biji benih cili untuk disemai, manakala rumah tangki air ini bakal memuatkan 3 tangki untuk baja dan air. Namun, buat sementara waktu, rumah tangki air ini akan dijadikan tempat untuk mengisi polibeg.
Berikut adalah gambar2 yang sempat diambil semasa pembinaan rumah:


Rumah semaian separa siap. Guna kayu recycle dari kampung berdekatan. Jimat cost!
Rumah semaian hampir siap
Rumah tangki air baja dan air. Pump di sebelah itu adalah untuk sedut air dari tanah. Nantikan laporannya kemudian.


Ini adalah timbunan kelapa semasa melawat kilang pemprosesan cocopeat. Setelah berpuas hati, kami pun order 1050 beg cocopeat dan juga polibeg.
Cocopeat dah sampai ke ladang. 2-3 hari juga nak susun aturnya ke ladang setelah mengupah orang kampung untuk susun.


Siap disusun belakang cabin!




Tempat memproses cocopeat dibawah rumah tangki air untuk dimasukkan ke polibeg.




Susun Atur!



Pian, pekerja ladang kami yang telah bertungkus lumus melakukan kerja2 di atas.

Polibeg yang tak muat diletakkan diluar rumah tangki air.
































































1 comment: