Wednesday, August 5, 2009

Buah Cili Yang Sudah Masak dan Di Jual


Maaf kerana sudah lama tidak update. Berikut adalah gambar sebahagian buah cili yang dikumpulkan sebelum dijual ke pengguna. Demand banyak juga, ada beberapa kedai di Ulu Yam yang meminta supply 4 kg selang sehari. Ada beberapa pemborong yang mahu 40 kg selang 2 hari..demand yang cukup memberangsangkan. Harga pun boleh tahan..lebih dari apa yang kami budgetkan untuk ladang kami.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah hasilkan seberapa banyak cili yang boleh. Rezeki ada di mana2...yang penting, kaedah marketing perlu ada.

Sekian..

Sunday, July 19, 2009

Hasil Terkini Ladang Cili Batang Kali

Alhamdulillah, setelah 3 bulan penat lelah mengusahakan ladang ini, hasilnya telah mula menunjukkan taring. Target kami iaitu 1.5 kg sepokok sebulan rupa-rupanya telah di underestimate. Melihatkan buah2 cili yang mula membesar sekarang, pihak kami yakin, 2kg sepokok sebulan mungkin tercapai. Amin...










Saturday, July 4, 2009

Perkembangan Buah Cili

Alhamdulillah, kebanyakan pokok telah mula menghasilkan buah cili. Berikut dipaparkan gambar2 buah cili yang tergantung di ladang batang kali:







Dengan melihatkan perkembangan buah2 cili di ladang kami, kami yakin akan mencapai sebanyak 1.5 kg sepokok sebulan walaupun sebenarnya target asal kami adalah 2 kg sepokok sebulan. Namun, kami terpaksa berpuas hati kerana kami masih mentah dalam penanaman fertigasi, iaitu penanaman pertama kami.

2 minggu yang lepas, hujan lebat telah menumbangkan beberapa pokok cili. Kerja-kerja meletakkan pancang sebagai support kepada pokok diteruskan bagi memastikan pokok-pokok tidak tumbang.



Ini adalah gambar beberapa ratus pokok yang ditanam semula bagi menggantikan pokok-pokok kami yang telah tewas dijangkiti penyakit virus dan lalat. Anak2 pokok sengaja dibiarkan sehingga besar di dalam tray bagi memastikan ia mempunyai akar yang kuat dan mengelakkan pembesaran terbantut.

Perangkap lalat buah yang amat berkesan:

Terima kasih kerana mengikut perkembangan ladang kami. Selepas ini, kami akan sibuk memasarkan produk pertama ladang kami. Sekian untuk kali ini.




Wednesday, July 1, 2009

Buah Cili Update

Berikut adalah beberapa gambar buah cili yang sudah mula masak:





Pokok cemerlang:


Pengawal baru ladang: Perangkap lalat buah:



Ia diletakkan di beberapa kawasan strategik ladang:

Hasilnya, lalat buah yang terperangkap:

Sekian..

Monday, June 22, 2009

Aktiviti Mencantas Daun dan Gambar Pokok Berbuah

Pada hujung minggu lepas, kami telah melakukan aktiviti mencantas daun di bawah 3 pucuk utama pokok2 cili. Ini untuk mengelakkan pokok dari membazirkan baja yang diberikan setiap hari dan supaya baja diserapkan terus ke pucuk utama yang bakal mengeluarkan buah cili.
Syukur juga pada yang Esa kerana ada juga pokok yang telah mula mengeluarkan buah. Kebanyakan pokok telahpun berbunga.

Gambar pokok yang telah berbunga:
Antara pokok yang telah mula berbuah. Ini bermaksud, target kami untuk first harvest pada bulan puasa nanti on track:
Aktiviti mencantas daun:


Pokok2 yang telah di cantas:

Ladang yang dahulu nya kelabu sekarang sudah "hijau":


Ladang kami pantas menghasilkan anak pokok baru untuk menggantikan pokok-pokok yang tak survive (lebih kurang 20-30 pokok) di serang penyakit pokok cili:
Sekian paparan untuk minggu ini.

Tuesday, June 16, 2009

Projek Masa Depan Ladang Batang Kali - Ternak Ikan Keli

Pada 2 minggu yang lepas, direktor operasi ladang kami Jajie, telah melawat Pusat Ternakan ikan keli di Batu Arang Selangor untuk mengenal pasti peluang-peluang dan potensi dalam cabang pertanian yang agak berbeza dari penanaman cili iaitu menternak ikan keli.
Potensi ini dikenal pasti setelah melihat kawasan ladang sewaan kami yang agak besar dan banyak kawasan tanah lapang yang boleh dijadikan tapak ternakan ikan keli.
Alang-alang pergi melawat, maka kursus ternakan pun disertai nya juga untuk mengetahui sebaik mungkin caragaya menternak keli. Owner pusat ternakan tersebut masih muda, lebih muda dari kami semua tetapi telah berjaya menternak sebanyak lebih kurang 180,000 anak ikan keli. Syabas pada tuan. Moga jadi dorongan anak bangsa yang lain.

Setelah berkursus, palung dijadikan tempat experiment ladang kami untuk 100 ekor anak ikan keli. InsyAllah, jika semuanya berjalan lancar, projek skala sederhana besar akan dijalankan di kawasan ladang kami:



Berikut dipaparkan beberapa gambar pusat ternakan. Yang berbaju merah tu lah En. Faizal, pengusaha pusat ini.


Direktor operasi kami, cukup tekad, nekad dan tawadhuk dalam mengembang biakkan operasi ladang. Syabas Bro!
Sedap mata memandang melihatkan kolam2 ini:

Tumbuhan hijau itu adalah keladi yang juga sumber makanan tambahan keli:

Ikan keli bertebaran mendapatkan makanannya dalam bentuk palet:

Diharap suatu hari nanti ladang kami akan dihiasi dengan kolam-kolam kanvas sebegini rupa:

Peserta kursus melihat ikan keli yang dikutip untuk dijual di sekitar Rawang:

Nota: Kepada yang mengikuti blog ini, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana progress fasa ke-2 ladang cili kami. Sebenarnya, fasa kedua iaitu penanaman 2000 pokok cili terpaksa ditangguhkan untuk memfokuskan kepada operasi fasa pertama kami. Demi belajar dari kesilapan, kami berkeputusan untuk menangguhkan fasa kedua sehinggalah fasa pertama betul2 stabil kerana banyak lagi perkara yang perlu kami belajar dalam penanaman cili ini. Sekian....